Isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi dikalangan remaja kebelakangan ini seolah-olah mendapat perhatian khusus masyarakat termasuk pihak kerajaan. pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan NGO. Realitinya, perhatian yang diberikan oleh pihak-pihak berkenaan tidak seperti yang diketengahkan kepada masyarakat. Jika dilihat secara lebih teliti, ia hanyalah gimik semata-mata tanpa ada apa-apa tindakan yang berkesan diambil oleh pihak berkenaan, baik kerajaan mahupun pembangkang.
Satu perkara yang kita perlu sedar ialah, isu pembuangan bayi hanya berlaku di kalangan masyarakat kita yang berbangsa Melayu, berbangsa Islam terutama golongan remaja. Jarang sekali kita mendengar bangsa dan penganut agama melakukan pembuangan bayi.
Berdasarkan sebab-sebab di atas, ia menunjukkan bahawa tiada tindakan yang positif oleh pihak-pihak tersebut. Antaranya;
Pertama, isu pembuangan bayi diambil perhatian khusus dengan pelbagai tindakan diwar-warkan , namun hakikatnya isu penzinaan tidak pula dibanteras. Ini kerana, punca berlakunya pembuangan bayi adalah kerana meningkatnya masalah zina atau seks bebas di kalangan remaja yang masih belum berkahwin.
Kedua, isu pembuangan bayi diambil perhatian dengan pelbagai inisiatif di digerakkan untuk menyelesaikan isu tersebut. Namun realitinya, isu pembunuhan manusia tidak diselesaikan dengan cara Islam yakni melaksanakan hukum Hudud. Sepatutnya pihak kerajaan pusat dan pembangkang duduk semeja bagi membincangkan perlaksanaan hukum Hudud yang menyeluruh dan efektif. Undang-undang Islam di negara kita sebenarnya masih lagi diketepikan. Dengan kata lain, hanya undang-undang yang dicipta Allah S.W.T sahaja dapat menyelesaikan masalah pembuangan bayi oleh remaja pada hari ini. Islam menggariskan bahawa hukuman bagi penzina terbahagi kepada dua jenis, iaitu samada sudah berkahwin, atau belum berkahwin. Orang yang berkahwin dikenakan hukuman rejam sehingga mati, manakala orang yang belum berkahwin dikenakan sebat sebanyak 100 kali, dan dibuang negeri.

Ketiga, isu pembuangan bayi diambil perhatian serius oleh pihak berkenaan , sedangkan institusi pelacuran masih hidup seolah-olah tiada tindakan secara serius dilakukan bagi menbanteras dan menghapuskan sama sekali kegiatan pelacuran di negara kita.
Bapa-bapa ayam masih lagi beroperasi dan bebas menjalankan “perniagaan anak dara”. Pelacur-pelacur merasa seronok apabila mendapat habuan setiap malam, sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah dibinatangkan. Yang menyedihkan, masalah pelacuran turut melibatkan bangsa Melayu yang beragama Islam.
Sungguh memalukan sekiranya isu pelacuran masih berleluasa sedangkan kita mengiktiraf negara kita sebagai sebuah negara Islam. Boleh dikatakan setiap negeri di negara kita mempunyai pusat pelacuran. Perlu diingat, kegiatan pelacuran adalah antara punca berlakunya isu pembuangan bayi pada hari ini.
Malah, satu kajian oleh pihak asing telah menyiarkan statistik pada 2006 dan ia menunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke 63 dari bilangan pengidap Aids yang teramai. Secara kasarnya, dikatakan bahawa pengidap Aids di Malaysia berjumlah 52 000 orang. Umum mengetahui bahawa faktor terbesar Aids ialah disebabkan “zina” atau seks bebas.
Jika diperhatikan secara teliti, isu pembuangan bayi ada kaitannya, dengan masalah penzinaan, masalah pelacuran dan tiadanya pelaksanaan undang-undang Islam. Di dalam penulisan kali ini, saya ketengahkan beberapa perkara berkaitan pengharaman buang bayi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Antara yang boleh dijelaskan di sini ialah Islam mengharamkan zina dengan dalil yang jelas di dalam al Quran and al Hadis antaranya;
1. Allah SWT berfirman didalam surah al-An’am ayat 140 maksudnya;
“Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka telah mengharamkan apa yang Allah SWT telah rezekikan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mendapat petunjuk.”
2. Allah SWT berfirman didalam surah al-Isra’ ayat 32 maksudnya;
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
3. Allah SWT berfirman di dalam Surah al An’am, ayat 151maksudnya;
“Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.”
Ayat-ayat di atas saling berkaitan di antara satu sama lain. Pada mulanya disebut tentang larangan membunuh anak, kemudian ayat melarang penzinaan, dan disusuli pula dengan larangan membunuh jiwa.
Pertama, dilarang membunuh anak hanya kerana kesempitan hidup atau kemiskinan. Ini bermakna, kita diharamkan membunuh anak kerana masalah kemiskinan hidup, apatah lagi sekiranya membunuh anak tanpa sebab seperti membuang anak.
Kedua, dilarang daripada menghampiri penzinaan samada secara terang-terangan, ataupun secara sembunyi.
Ketiga, dilarang daripada membunuh jiwa samada anak sendiri, atau sesiapa sahaja. Membuang anak adalah satu bentuk pembunuhan yang diharamkan.

4. Dari Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud;
“Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW : Apakah dosa yang paling besar? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu menjadikan tuhan yang setanding dengan Allah, sedangkan Dialah yang mencipta kamu. Aku bertanya lagi : Kemudian dosa apa lagi? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu membunuh anak kamu kerana takut dia berkongsi makanan bersama kamu (kemiskinan). Aku bertanya lagi : Kemudian? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu berzina dengan jiran kamu.” (Imam Bukhari, Shahih Bukhari bahagian. 13, ms 394 no. 4117)
Jelas di dalam hadis ini berkenaan larangan membunuh anak, dan ia di antara dosa yang besar yang tersenarai. Apatah lagi membunuh anak tanpa sebarang alasan dan anak tersebut hasil daripada penzinaan. Maka, berzina adalah dosa besar, kemudian anak hasil penzinaan tersebut dibuang. Ini juga merupakan dosa yang besar. Maka, terdapat dua dosa besar yang ditanggung oleh penzina yang membuang anaknya.
Kesimpulannya, dapatlah kita fahami bahawa penzinaan akan merosakkan agama, jiwa dan keturunan, sedangkan Islam menjaga perkara-perkara tersebut dengan mengharamkan penzinaan dan menghalalkan perkahwinan serta mengharamkan pembunuhan, melainkan berperang untuk menegakkan kebenaran. Malah, semua pihak termasuk pemerintah dan masyarakat, tanpa mengira fahaman politik, bangsa, dan agama perlulah bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya bagi mengelak isu pembuangan bayi menjadi lebih parah lagi. Tambahan pula, majoriti yang melakukan kesalahan tersebut adalah orang Melayu yang majoritinya menganut agama Islam.
Eloklah semua pihak yang terlibat duduk semeja dan berbincang jalan penyelesaian yang lebih berkesan berkenaan isu tersebut. Tidak ada gunanya kita saling tuduh menuduh siapa yang menjadi sebab musabab kepada imasalah tersebut. Adakah kita mahu berlakunya bencana atau bala musibah sebagai tanda kemurkaan Allah SWT, barulah semua pihak hendak bersatu dan menyelesaikannya secara bersama?? Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment