Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menyedarkan manusia yang lalai, Umat Islam yang jahil dan orang bukan Islam amnya yang memusuhi Islam kerana kurang pengetahuan tentang agama Islam.Diri saya juga masih kurang ilmu pengetahuan tetapi saya akan cuba menyebarkan ilmu pengetahuan saya yang cetek itu untuk kebaikan kita semua.
Seperti mana yang kita ketahui, agama Islam adalah agama yang benar dan akan kekal menjadi agama yang sebenar-benarnya. Kadangkala timbul persoalan, kenapa orang lain hendak mempelajari agama Islam semata-mata untuk memburuk-burukkannya. Kenapa tidak di cari kebenarannya.Sedangkan, jika difikirkan sebatang jarum pun ada penciptanya,inikan pula manusia yang serba lengkap dengan akal fikiran. Ini bermakna manusia dicipta, dan yang mencipta kita pula di panggil Tuhan. Timbul pula persoalan, siapakah Tuhan (Allah S.W.T). Adakah dia juga seperti kita.Adakah dia memiliki tangan,memiliki badan seperti kita.Jika ada di antara kita berpendapat sebegitu,maka dia memiliki minda yang tertutup dan jahil agama. Jika ada yang berpendapat kita terjadi dari proses evolusi yang membabitkan monyet, siapa pula yang mencipta monyet itu. Adakah martabat kita sebagai makhluk Allah S.W.T paling sempurna serendah martabat monyet.??
Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang cara-cara manusia yang pertama di cipta iaitu Adam. Bahkan di dalam Al-Quran juga menyebut tentang cara-cara kita semua di hidupkan,di lahirkan dan di matikan. Dan pencipta kita itu adalah Allah S.W.T yakni pencipta segala makhluk dan alam. Allah telah menurunkan kitab-kitabnya iaitu Kitab Taurat,Kitab Zabur,Kitab Injil dan Kitab Al-Quran sebagai panduan kepada hamba-Nyavuntuk memimpin manusia ke jalan yang benar. Panduan-panduan ini disampaikan kepada manusia melalui para utusan Allah yakni Rasul-rasul dan nabi-nabi Allah seperti Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Muhammad S.A.W. Rasul-rasul ini hanyalah utusan Allah.Mereka juga sama seperti kita, cuma yang membezakan kita dari Rasul-rasul adalah, kelebihan darjat dan mukjizat kurniaan Allah dan para Rasul amat taat kepada Allah.
Kandungan Al-Quran adalah lengkap meliputi setiap aspek kehidupan dan di jamin oleh Allah S.W.T, tidak akan mengalami perubahan walau sebaris ayat. Jika difikirkan secara logik akal, sekiranya Al-Quran itu rekaan manusia, bagaimana ia boleh mengetahui sejarah ribuan tahun lampau dan kisah penciptaan manusia. Al-Quran tidak memiliki keraguan didalamnya. Ayat-ayat di dalamnya juga amat tepat dari segi maksud. Utusan Allah yang menerima Kitab Al-Quran pula adalah Nabi Muhammad S.A.W..Nabi Muhammad S.A.W menerima Kitab tersebut melalui perantaraan malaikat tetapi apabila Allah mewajibkan sembahyang kepada Umat Islam,Nabi Muhammad di angkat ke langit untuk menemui Allah.Itu menerangkan bahawa sembahyang amat penting buat umat Islam. Kita sebagai umat Islam mengetahui bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang yang buta huruf yakni, tidak pandai membaca. Namun, kenapa ada orang menuduh beliau yang mereka-reka Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran amat puitis dan bermutu. Adalah mustahil Al-Quran direka oleh manusia yang terhad akal pemikiran dan ilmunya. Tentulah Al-Quran di cipta oleh Allah S.W.T yakni pencipta sekalian alam.
Nabi Muhammad S.A.W memiliki sifat yang mulia. Beliau merupakan seorang pedagang sebelum di lantik menjadi rasul.Baginda juga amat jujur dan baik hati semasa berniaga dan diakui oleh pelanggan-pelanggannya. Bahkan, Bagindamenjalani kehidupannya dengan serba sederhana.Beliau hanya tidur di atas tikar biasa. Sifat sederhana Baginda dalam kehidupan seharian telah di akui oleh sebahagian pembesar pada zaman tersebut. Namun kenapa ada orang yang mengatakan Nabi Muhammad kaya dan sombong. Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W telah melaksanakan tugasnya sebagai utusan Allah S.W.T dengan penuh tanggungjawab untuk menyebarkan panduan berguna bagi umat manusia.
Seluruh umat Islam beriman kepada semua nabi-nabi termasuk Nabi Musa,Nabi Isa dan juga Nabi Muhammad sebagai utusan Allah. Bahkan, agama Islam menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.Semua manusia di cipta untuk memakmurkan alam ciptaan Tuhan. Bukan untuk berperang sesama manusia. Apakah pula persepsi atau pandangan agama lain berkenaan tujuan manusia di cipta. Mungkin ada agama yang langsung tidak mempunyai jawapan tentang tujuan manusia di cipta. Namun, seperti yang kita ketahui, Agama Islam meliputi seluruh aspek kehidupan bukan sahaja mengenai amal ibadah kepada Allah malah menerangkan tentang kehidupan di dunia dan juga di akhirat.Seharusnya kita boleh berfikir untuk mencari kebenaran yang sebenar untuk mencapai keredhaan pencipta kita yakni Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment